Saturday, November 5, 2011

5/11/11 Unit Khidmat Bergerak Penyelaras di Sg. Karangan!






Tarikh: 05/11/2011
Masa: 8.30pagi-1tengah hari
Tempat: Dewan JKKKP Kg. Baru Sg. Karangan

Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong menganjurkan Unit Khidmat Bergerak di Sg. Karangan!

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan bagi penduduk-penduduk di kawasan luar bandar di samping memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk:
Ujian Kesihatan, BMI, Ujian Mata, Permohonan Bantuan Kebajikan, Pendaftaran Pengundi Baru, Aduan Awam serta Perkhidmatan Menggunting Rambut!

(Kesemua-semuanya adalah percuma!)

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk di Kg. Sg. Karangan tersebut tak kira kaum Cina, India ataupun Melayu!

Dr. Chin berkata, rombongan tersebut akan meneruskan perkhidmatannya di kawasan-kawasan lain dalam parlimen Padang Serai yang masih belum dilawati supaya lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment