Lebih kurang 200 orang penduduk di Kg. Sg. Karangan gembira berkunjung ke Unit Khidmat Bergerak Penyelaras Parlimen Padang Serai pada 5/11/11!
Program yang dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong ini menawarkan
perkhidmatan percuma seperti rawatan kesihatan oleh doktor perubatan, tabib Cina, pemeriksaan mata serta kaunter Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), aduan umum dan pendaftaran pengundi baru.“Program ini memudahkan penduduk terutama daripada golongan kurang mampu untuk mendapatkan rawatan secara percuma selain tidak perlu membayar kos tambang kenderaan kerana khidmat ini diadakan di lokasi-lokasi berhampiran kediaman mereka,”kata Dr. Chin.
No comments:
Post a Comment