Tuesday, November 29, 2011

5/11/11 Mengadakan Unit Khidmat Bergerak di Sg. Karangan







Lebih kurang 200 orang penduduk di Kg. Sg. Karangan gembira berkunjung ke Unit Khidmat Bergerak Penyelaras Parlimen Padang Serai pada 5/11/11!

Program yang dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong ini menawarkan 
perkhidmatan percuma seperti rawatan kesihatan oleh doktor perubatan, tabib Cina, pemeriksaan mata serta kaunter Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), aduan umum dan pendaftaran pengundi baru.

“Program ini memudahkan penduduk terutama daripada golongan kurang mampu untuk mendapatkan rawatan secara percuma selain tidak perlu membayar kos tambang kenderaan kerana khidmat ini diadakan di lokasi-lokasi berhampiran kediaman mereka,”kata Dr. Chin.

Tuesday, November 8, 2011

3/11/11 Melawat Golongan Sasar di Kg. Bikan

Dr. Chin (sebelah kiri) melawat golongan sasar di Kg. Bikan dengan En. Ahmad Zubib Bin Saad(Setiausaha UMNO Bahagian Pdg.Serai).
Barisan Nasional prihatin terhadap golongan sasar.

3/11/11 Perjumpaan & Jamuan dgn Penduduk Kg. Bikan



Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin berjumpa dengan penduduk-penduduk di Kg. Bikan.

6/11/11 Program Latihan & Pertandingan Liga Silamban di SJK(T) Ldg Padang Meiha






Terima kasih kepada Juru Pengacara Majlis.

Pengerusi Persatuan Silamban Negeri Kedah, Dr. M. Suraess, Tetamu-tetamu kehormat hari ini,AJK-AJK Persatuan Silamban Negeri Kedah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selamat petang, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan pengerusi majlis kerana sudi menjemput saya ke majlis yang amat berbahagia ini. Saya juga amat gembira dan rasa excited kerana program Latihan dan Pertandingan Liga Silamban ini dapat dianjurkan dengan jayanya buat pertama kali. Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi & semua AJK-AJK Persatuan Silamban Negeri Kedah kerana berkat dengan kerjasama semua program ini dapat dilaksanakan! Sila berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka!

Silamban merupakan seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India. Seperti yang diketahui, seni ini telah mempunyai sejarah sebanyak 5,000 tahun. Ini bermaksud seni Silamban ini telah mengharungi dugaan masa dan masih tidak luput zaman. Hari ini, saya berasa amat bangga kerana ia diwarisi oleh anak-anak kita di tanah air ini,dan dapat dianjurkan oleh Persatuan Silamban Negeri Kedah sebagai persiapan untuk SUKMA akan datang ini. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat terus memberi sokongan agar seni ini dapat berkembang lagi agar kita dapat memupuk lebih ramai ahli-ahli sukan Silamban.

Para peserta sekalian,

Kalah ataupun menang sudah menjadi peraturan ataupun adat dalam suatu pertandingan. Pertandingan yang telah berjalan selama 3 hari ini, bukannya mementingkan kemenangan, tetapi adalah kesinambungan budaya dan juga semangat kesukanan. Maka, saya berharap semua peserta akan dapat menghayati prosesnya, bagi yang menang janganlah angkuh, bagi yang kalah janganlah kecewa, kita perlu teruskan usaha, dan perbaikilah kelemahan kita untuk menjadi lebih baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam dunia ini, terdapat 2 benda yang tidak boleh tunggu. Satu ialah membalas budi ibu bapa, dan satu lagi ialah beramal. Bagi pelajar-pelajar sekalian, hari ini anda masih lagi dalam bangku sekolah, tugas anda ialah untuk belajar. Maka, cara yang terbaik untuk anda membalas budi ibu bapa ialah buatlah ibu bapa rasa bangga dengan diri anda. Dapatkanlah keputusan yang cemerlang agar mereka rasa bangga.

Dalam hidup ini, tak kira apa kita buat, key word untuk Berjaya ialah usaha, dan focus. Pelajar yang malas tidak akan mendapat keputusan yang baik, manakala pelajar yang rajin mengulangkaji akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Maka, buatlah perancangan, gunakanlah masa anda dengan baik, dan laksanakan perancangan anda untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Para pelajar sekalian, kita juga jangan membuat ibu bapa risau akan kita. Contohnya, kita belajar seni Silamban ini adalah untuk mempertahankan diri kita, maka janganlah kita menggunakan seni ini untuk pergaduhan. Bak kata perpatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Saya juga ingin menyeru para pelajar bahawa kita kena menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih kawan kerana kawan yang baik seperti mentor/cikgu kita, dia akan memberi motivasi dan teman anda untuk membuat perkara yang baik. Manakala kawan yang buruk akan mengajak anda membuat perbuatan yang merosakkan diri anda dan mungkin akan memusnahkan masa hadapan anda. Sememangnya, Hidup ini semua orang memerlukan kawan, namun ingatlah bahawa setiap perlakuan yang kita buat kenalah difikir kesannya kepada diri kita, keluarga kita dan juga masyarakat. Oleh itu, jangan buat perkara ikut suka hati kita, buat perkara yang kita patut dengan rasa tanggungjawab.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sampai sini sahaja penyampaian saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Persatuan Silamban Negeri Kedah atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini dan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di majlis ini. Saya juga ambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan kali ini! Bagi para hadirin sekalian, sekiranya ada apa yang tersilap kata, tersalah bahasa atau membuat anda rasa tidak sedap hati, saya meminta maaf. Sekian, terima kasih.

Sunday, November 6, 2011

6/11/11 Program Latihan & Pertandingan Liga Silamban di SJK(T) Ldg Padang Meiha







Dr. Chin Tung Leong merasmikan Upacara Penutup Program Latihan & Pertandingan Liga Silamban di SJKT Ladang Padang Meiha.
Turut hadir dalam majlis ialah Pengerusi Persatuan Silamban Negeri Kedah, Dr. M. Suraess, tetamu-tetamu kehormat iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, En. Zuber, 



Terima kasih kepada Juru Pengacara Majlis.

Pengerusi Persatuan Silamban Negeri Kedah, Dr. M. Suraess, Tetamu-tetamu kehormat hari ini, _________________________,AJK-AJK Persatuan Silamban Negeri Kedah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Selamat petang, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pertama sekali, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan pengerusi majlis kerana  sudi menjemput saya ke majlis yang amat berbahagia ini. Saya juga amat gembira dan rasa excited kerana program Latihan dan Pertandingan Liga Silamban ini dapat dianjurkan dengan jayanya buat pertama kali. Oleh itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi & semua AJK-AJK Persatuan Silamban Negeri Kedah kerana berkat dengan kerjasama semua program ini dapat dilaksanakan! Sila berikan tepukan yang gemuruh kepada mereka!

Silamban merupakan seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India. Seperti yang diketahui, seni ini telah mempunyai sejarah sebanyak 5,000 tahun. Ini bermaksud seni Silamban ini telah mengharungi dugaan masa dan masih tidak luput zaman.  Hari ini, saya berasa amat bangga kerana ia diwarisi oleh anak-anak kita di tanah air ini,dan dapat dianjurkan oleh Persatuan Silamban Negeri Kedah sebagai suatu persiapan untuk SUKMA yang akan datang ini. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat terus memberi sokongan agar seni ini dapat berkembang lagi agar kita dapat memupuk lebih ramai ahli-ahli sukan Silamban.

Para peserta sekalian,

Kalah ataupun menang sudah menjadi peraturan ataupun adat dalam suatu pertandingan. Pertandingan yang telah berjalan selama 3 hari ini, bukannya mementingkan kemenangan, tetapi adalah kesinambungan budaya dan juga semangat kesukanan. Maka, saya berharap semua peserta akan dapat menghayati prosesnya, bagi yang menang janganlah angkuh, bagi yang kalah janganlah kecewa, kita perlu teruskan usaha, dan perbaikilah kelemahan kita untuk menjadi lebih baik.

Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam dunia ini, terdapat 2 benda yang tidak boleh tunggu. Satu ialah membalas budi ibu bapa, dan satu lagi ialah beramal. Bagi pelajar-pelajar sekalian, hari ini anda masih lagi dalam bangku sekolah, tugas anda ialah untuk belajar. Maka, cara yang terbaik untuk anda membalas budi ibu bapa ialah buatlah ibu bapa rasa bangga dengan diri anda. Dapatkanlah keputusan yang cemerlang agar mereka rasa bangga.

Dalam dunia ini, tak kira apa kita buat, key word untuk Berjaya ialah usaha, dan focus. Pelajar yang malas tidak akan mendapat keputusan yang baik, manakala pelajar yang rajin mengulangkaji akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Maka, buatlah perancangan,  gunakanlah masa anda dengan baik, dan laksanakan perancangan anda untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

Para pelajar sekalian, kita juga jangan membuat ibu bapa risau akan kita. Contohnya, kita belajar seni Silamban ini adalah untuk mempertahankan diri kita, maka janganlah kita menggunakan seni ini untuk pergaduhan. Bak kata perpatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Saya juga ingin menyeru para pelajar bahawa kita kena menjadi lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih kawan kerana kawan yang baik seperti mentor/cikgu kita, dia akan memberi motivasi dan teman anda untuk membuat perkara yang baik. Manakala kawan yang buruk akan mengajak anda membuat perbuatan yang merosakkan diri anda dan mungkin akan memusnahkan masa hadapan anda. Hidup ini semua orang memerlukan kawan, namun ingatlah bahawa setiap perlakuan yang kita buat kenalah difikir kesannya kepada diri kita, keluarga kita dan juga masyarakat. Oleh itu, jangan buat perkara ikut suka hati kita, buat perkara yang kita patut dengan rasa tanggungjawab.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sampai sini sahaja penyampaian saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Persatuan Silamban Negeri Kedah atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini dan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap di majlis ini. Saya juga ambil peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang pertandingan kali ini! Bagi para hadirin sekalian, sekiranya ada apa yang tersilap kata, tersalah bahasa atau membuat anda rasa tidak sedap hati, saya meminta maaf. Sekian, terima kasih.

Saturday, November 5, 2011

5/11/11 Unit Khidmat Bergerak Penyelaras di Sg. Karangan!






Tarikh: 05/11/2011
Masa: 8.30pagi-1tengah hari
Tempat: Dewan JKKKP Kg. Baru Sg. Karangan

Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr. Chin Tung Leong menganjurkan Unit Khidmat Bergerak di Sg. Karangan!

Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan bagi penduduk-penduduk di kawasan luar bandar di samping memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk:
Ujian Kesihatan, BMI, Ujian Mata, Permohonan Bantuan Kebajikan, Pendaftaran Pengundi Baru, Aduan Awam serta Perkhidmatan Menggunting Rambut!

(Kesemua-semuanya adalah percuma!)

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk di Kg. Sg. Karangan tersebut tak kira kaum Cina, India ataupun Melayu!

Dr. Chin berkata, rombongan tersebut akan meneruskan perkhidmatannya di kawasan-kawasan lain dalam parlimen Padang Serai yang masih belum dilawati supaya lebih ramai penduduk mendapat manfaat daripadanya.